Khamis, 17 Mac 2016

Filled Under:

[[INNALILLAHIWAINNAILAIHIROJIUN]] Takziah Buat keluarga komposer No 1 Malaysia Datuk Adnan Abu Hassan




Selayang: "Doktor minta saya tawakal kerana bila-bila masa suami boleh pergi," kata isteri komposer terkenal Datuk Adnan Abu Hassan, Rozinorhafiza Mohd Fauzi, 38.

Menurut Rozinorhafiza, suaminya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Selayang selepas mengalami sesak nafas pada jam 12 tengah malam tadi

"Suami sekarang terpaksa bergantung dengan alat bantuan pernafasan dan keadaannya kritikal," katanya ketika ditemui di Hospital Selayang, sebentar tadi.

Rozinorhafiza berkata, komposer berusia 57 tahun itu dalam keadaan lemah dan hanya berbaring sepanjang hari semalam.

"Saya mendapati badan suami sangat panas dan menggunakan kain basah untuk mengelap badannya.

"Kemudian, apabila saya masuk bilik, suami sudah menarik nafas panjang dan badannya lembik," katanya.

Menurutnya, Adnan pernah diserang angin ahmar pada November tahun lalu dan penyakit itu datang semula dua minggu lalu.

Adnan mempunyai tiga anak hasil perkahwinan dengan isteri pertama iaitu Aiman Zamir, 20; Aina Zamira, 17; dan Adrian Zahir, 15.

Adnan pernah menghasilkan karya untuk ramai penyanyi hebat tanah air antaranya Fauziah Latiff, Siti Nurhaliza, Misha Omar dan Liza Hanim.







0 ulasan:

Catat Ulasan

Sila komen dengan berhemah dan jangan lupa untuk berkongsi pendapat anda di ruang komen.