Jumaat, 18 Mac 2016

Filled Under:

[[INNALILLAHIWAINNAILAIHIROJIUN]] Komposer Adnan Abu Hassan Meninggal Dunia

Allahyarham Datuk Adnan Abu Hassan

KUALA LUMPUR – Komposer Datuk Adnan Abu Hassan meninggal dunia hari ini di Hospital Selayang.


Setiausaha Agung Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Hafiz Nafiah berkata, Adnan, 57, meninggal dunia kira-kira pukul 2.15 pagi Jumaat akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuklah buah pinggang dan serangan angin ahmar.
Jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di Masjid Al-Falah, Sungai Ramal, Kajang, Selangor sebelum dikebumikan di tanah perkuburan Islam kampung berkenaan.
Dalam kerjaya seninya, Allahyarham banyak menghasilkan lagu artis-artis tempatan terutamanya menaikkan nama Datuk Siti Nurhaliza dengan lagunya Jerat Percintaan.
Sumbangan besar dalam kerjaya seni turut membolehkan Allahyarham menerimaAnugerah Wirama dalam Anugerah Industri Muzik ke-17 pada tahun 2010. – BERNAMA




0 ulasan:

Catat Ulasan

Sila komen dengan berhemah dan jangan lupa untuk berkongsi pendapat anda di ruang komen.