Isnin, 21 Mac 2016

Filled Under:

Ceraikan Elly Mazlein Ketika Sarat Mengandung? Ini Alasan Bekas Suaminya!! Hebat kan?



Ramai yang terkejut dengan berita penceraian Elly Mazlein selepas dia selamat melahirkan anak pertamanya baru-baru ini. Penceraiannya mendapat perhatian ramai kerana Elly Mazlein diceraikan ketika dia sarat mengandung. 

Azmi Hatta, 40 menjadi mangsa apabila dikatakan seorang lelaki yang kejam dan tak berperasaan kerana menceraikan isterinya pada ketika itu. Selain itu, Elly juga menuduhnya dan mengatakan punca penceraian mereka disebabkan orang ketiga yang juga pelakon Faye Kusairi. 

"Saya terkilan dengan tuduhan mengaitkan nama orang ketiga iaitu Faye Kusairi dalam hal rumah tangga kami, Faye tiada kena mengena dengan hubungan kami, apatah lagi sebagai punca perpisahan kami.

"Saya akui Faye pernah berlakon dengan saya tapi dalam masa penggambaran itu saya nikah dengan Elly.

"Adakah saya ini jenis lelaki yang teramat jahat permainkan perempuan lain dalam masa yang sama semua orang tahu saya sedang mendirikan rumah tangga? Saya ada akal yang waras untuk berfikir, " ujarnya.

Terkilan dengan perkara itu, Azmi menjelaskan telah banyak usaha yang dilakukan untuk menyelamatkan rumah tangga mereka tetapi gagal. 

"Kami berpisah selepas mendapat khidmat nasihat beberapa pihak dan talak dijatuhkan di hadapan hakim .

"Secara warasnya memang saya tidak mahu berpisah dan saya bukan lelaki yang kejam untuk ceraikan dia pada waktu dia sedang hamil. Namun jodoh itu kuasa Allah, tempoh edah yang ditetapkan bagi wanita hamil ialah hingga dia selamat bersalin.

"Dalam tempoh edah itu saya masih menjalankan tanggunjawab untuk menjaga dia dan kandungan dengan baik," ujarnya.

Walaupun ralat kerana tidak sempat menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang pertama, Azmi redha dengan perpisahan tersebut dan yakin dia di tempat yang benar. 

Sumber: Mstar. Oleh: Aimi Nordin




"Sabarlah Hati" - ELLY MAZLEIN (Official MTV)






0 ulasan:

Catat Ulasan

Sila komen dengan berhemah dan jangan lupa untuk berkongsi pendapat anda di ruang komen.