Selasa, 22 Mac 2016

Filled Under:

DUNIA DIGEMPARKAN DENGAN LETUPAN DI LAPANGAN TERBANG DI BELGIUM [[GAMBAR DAN VIDEO]]




Belgium, 22 Mac - Dua letupan kuat telah menggegarkan kawasan pelepasan di lapangan terbang Zaventem di Brussel sebentar tadi.

Kerajaan Belgium telah mengsahkan terdapat beberapa kemalangan jiwa dilaporkan namun masih lagi belum mendedahkan nombornya.

Pada empat hari lepas, dilaporkan salah seorang suspek utama tragedi Perancis, Salah Abdeslam, dilaporkan telah ditangkap di Brussels.

Belgium kini telah mengeluarkan amaran keganasan pada tahap tertinggi.

Laporan dari Dailymail.co.uk pula melaporkan sekurang-kurangnya 11 orang maut berikutan kejadian.

Lebih kurang 90 minit selepas kejadian, turut dilaporkan letupan lain yang berlaku di stesen Metro berdekatan dengan ibu pejabat EU di tengah-tengah Brussels.













0 ulasan:

Catat Ulasan

Sila komen dengan berhemah dan jangan lupa untuk berkongsi pendapat anda di ruang komen.