Isnin, 11 April 2016

Filled Under:

MENGEJUTKAN: Berhati-hati ketika Membeli di Pasar Raya X, Beli Bayam FREE Ular.. Baca Kisah Selanjutnya





Seorang pelanggan sebuah pasaraya besar di Shah Alam berdepan kejadian menakutkan apabila menemui seekor anak ular ketika membuka bungkusan sayur bayam yang dibelinya di pasaraya tersebut.

Dua keping gambar sayur bayar dan anak ular itu disiarkan melalui status di laman Facebook Friends Of BN yang sehingga kini merekodkan hampir 4,000 perkongsian dan lebih 7,000 ‘like’.

“Mohon pihak Txxxx mengambil tindakan perkara ini. Memeriksa terlebih dahulu sayur-sayur tersebut sebelum dipasarkan,” tulis pengendali laman tersebut.
Kebanyakan netizens yang melihat status tersebut melahirkan perasaan terkejut dengan penemuan itu.
tesco 2

“Kalau saya yang beli, pasti dah pengsan,” tulis Ck Wong .
“Hati-hati beli sayur eee, peringatan untuk diri sendiri,” kata Mysha Haykal.
Sementara itu terdapat juga beberapa komen nakal dari netizens yang menjadikannya bahan gurauan.
“Betul-betul segar dari ladang ni,” ulas Dzainalazman Zainol Abidin.
“Beli sayur, dapat free seekor ular,” gurau Chris Topher pula.

Sumber:  http://infobaca123.blogspot.com/ 




0 ulasan:

Catat Ulasan

Sila komen dengan berhemah dan jangan lupa untuk berkongsi pendapat anda di ruang komen.