Isnin, 11 April 2016

Filled Under:

GEMPAR: Cerita sebenar disebalik Status Jackie Chan Masuk islam


post-feature-image



Memang kita akan sangat gembira sekiranya Jackie Chan benar–benar memeluk Islam. Sejak semalam  berita ini  viral dilaman sosial ekoran  sekeping gambar menunjukkan pelakon terkenal Hong Kong, Jackie Chan dikatakan  telah memeluk Islam.

Gambar berkenaan telah mendapat perhatian ramai pengguna facebook di mana sehingga kini jumlah perkongsiannya mencecah 20 ribu kali, 150 ribu ‘like’ dan 15 ribu komen.

Tahukah anda bahawa kapsyen berkenaan adalah palsu dan gambar yang dimuat naik  adalah gambar terbaru Jackie Chan yang sedang berada di Dubai untuk menjayakan filem terbarunya berjatuk “Kung Fu Yoga” dan bukannya gambar beliau baru balik menunaikan haji seperti didakwa gadis berkenaan.

Apa yang menarik perhatian, gadis berkenaan siap meletakkan rujukan BBC World dan berdasarkan carian kami tidak menjumpai berita mengenai apa yang disebarkannya itu di dalam web berita antarabangsa berkenaan.

Memetik laporan Gulfnews, gambar yang menunjukkan Jackie memakai pakaian tradisional UAE, kandura itu telah menjadi viral di sana kerana keterujaan rakyat UAE melihat penampilan pelakon terkenal antarabangsa itu memakai pakaian tradisional mereka.

Walaupun begitu kita tetap mendoakan agar suatu hari pintu hati Jackie Chan akan terbuka untuk menerima Islam





Nak Resepi Best2? Follow Sini Resepi Makan Best




0 ulasan:

Catat Ulasan

Sila komen dengan berhemah dan jangan lupa untuk berkongsi pendapat anda di ruang komen.