Rabu, 13 April 2016

Filled Under:

Cara Senang Untuk Hilangkan Kesan Kuning Bawah Ketiak Baju. Ibu Ibu Tengok Ni.. Sangat Mudah





Biasanya kalau kita jenis yang pakai deodorant, ketiak baju mesti jadi kuning, keras dan kasar. Tambah pula kalau anda pakai baju warna putih, lagi berisiko. Bahan deodorant akan melekat dan jadikan baju di bahagian ketiak anda berwarna kuning dan tak cantik lagi.


Inilah yang akan rosakkan pakaian anda, nak pakai dah tak relevan lagi. malulah ada kesan kotor kat ketiak tu. Kadang-kadang dan selalunya walau telah dicuci, kesan kuning tetap ada.


Ok, kali ini anda mungkin boleh guna cara yang sangat mudah untuk hapuskan kesan kuning di baju. Hanya satu bahan iaitu cuka. Bukan cuka getah ya, cuka makan tau...!


1. Campurkan cuka makan dan air dengan menggunakan nisbah 3:1.


2. Kemudian ambil campuran cuka dengan span kering dan gosokkan di bahagian kesan kuning.


3. Biarkan lebih kurang 5 minit. Kemudian bilas dengan air panas.


4. Agak nampak masih kurang bersih, ulangi cara yang sama.


5. Jika masih kurang bersih, rendam bahagian yang kuning dalam air cuka dalam 30 minit atau lebih. Lepas tu bilas seperti biasa.


Insya'allah walau masih ada kesan kuning tu, tapi tidakla terlalu ketara. Bolehlah di pakai lagi sekali-sekala..... :)




p/s : Sayangkan.... kalau jadi macam tu pada pakaian yang kita suka....haihhh!



Nak Resepi Best2? Follow Sini Resepi Makan Best




0 ulasan:

Catat Ulasan

Sila komen dengan berhemah dan jangan lupa untuk berkongsi pendapat anda di ruang komen.