Isnin, 11 April 2016

Filled Under:

[[6 GAMBAR]] Kolam Paling Cantik dan Unik Di Dunia. NO 2 tu Tak Sanggup Nak Mandi.. Air Darah Ke Apa

Selalunya jika anda merancang percutian ke mana negara sekalipun, sudah pasti hotel yang selesa dan tenang menjadi pilihan utama.Selain faktor itu, jangan lupa untuk turut menimbangkan hotel yang menawarkan kolam renang dengan pemandangan menakjubkan.Dipetik dari MailOnline Travel, berikut ialah 12 hotel yang memiliki reka bentuk kolam renang hotel yang paling unik dan menarik di dunia.


1) LeCrans Hotel & Spa di Crans-Montana, Switzerland.

Berendam dalam kolam renang di pergunungan Alps yang membeku pasti bukan menjadi aktiviti pilihan utama. Namun, hotel ini menawarkan kolam air panas supaya pengunjung boleh berenang sambil menikmati pemandangan gunung bersalji.

post-feature-image


2) Hotel The Library, Koh Samui, Thailand.
Kolam renang di hotel ini terkenal kerana airnya yang kelihatan berwarna merah. Warna merah itu bagaimanapun bukan berpunca daripada air tetapi jubinnya.



3) Hotel Marina Bay Sands, Singapura.
Kolam infiniti adalah tarikan utama di hotel mewah ini. Dibina pada tingkat 57, ia menawarkan pemandangan menakjubkan bandar raya moden di Asia ini. Kolam ini diberi nama infiniti kerana terletak di teres terbuka dan mempunyai penghadang yang tidak kelihatan, membuatkan air seolah-olah jatuh ke bawah.





4) The Oberoi Udaivilas, Udaipur, India.
Baru dianugerahkan gelaran ‘hotel terbaik di dunia’, resort mewah yang luas di barat India ini pasti akan memberikan pengalaman menarik kepada pengunjung.Ia juga mempunyai kolam renang yang mengelilingi bangunan hotel umpama istana ini.


 


5) Hotel Holiday Inn, Shanghai, China.
Kolam renang di hotel ini mungkin tidak sesuai bagi mereka yang takutkan ketinggian. Terletak di tingkat 24, kolam renang ini hanya berlantaikan kaca. Namun, pengunjung tidak perlu risau kerana sebahagian besar kolam ini berada dalam bangunan.


                                         



6) Resort San Alfonso del Mar, Chile.
Diiktiraf sebagai hotel yang memiliki kolam renang terpanjang di dunia. Kolam dengan panjang hampir 1 kilometer memberi kebebasan kepada pengunjung berenang tanpa bertembung dengan orang lain. Mengadap pantai, kolam ini juga mempunyai pemandangan menakjubkan.



Selanjutnya: http://infobaca123.blogspot.com/2015/08/antara-kolam-renang-hotel-paling-unik.html#ixzz45UqSgSnX




0 ulasan:

Catat Ulasan

Sila komen dengan berhemah dan jangan lupa untuk berkongsi pendapat anda di ruang komen.