Melancap atau Onani boleh menyebabkan
ketagihan tanpa disedari kepada sipelaku baik lelaki mahupun perempuan jika
aktiviti tidak sihat ini dilakukan tanpa kawalan.
Bagi mereka yang sudah terbiasa
dengan kelakuan seperti ini, ianya sukar diberhentikan meskipun pada satu tahap
mereka berjanji pada diri tidak mahu melancap lagi.
Tetapi, apabila didorong oleh kehendak nafsu yang kuat mereka akan mengulangi semula.
Tetapi, apabila didorong oleh kehendak nafsu yang kuat mereka akan mengulangi semula.
Sebenarnya melancap ini ada kebaikan,
keburukannya dan perkara ini terpulang kepada individu masing-masing.
Ini kerana jika tabiat onani
digunakan untuk cara betul seperti ingin melegakan atau melepaskan nafsu
syahwat yang tinggi ia masih dianggap normal malah dapat memberikan ketenangan
dalam kehidupan seharian.
Namun jika tabiat ini dilakukan atas
keseronokkan semata-mata ia akan memberikan kesan negatif pada diri.
CARA BERHENTI MELANCAP
Berikut penulis sertakan cara-cara
untuk mengelakkan diri daripada meneruskan tabiat melancap atau onani.
1. SEDARKAN DIRI
Sedarkan diri anda bahawa perkara
yang anda lakukan ini adalah salah dan boleh mendatangkan kesan negatif.
Mungkin dengan membaca bahan bacaan
yang menerangkan keburukan melancap ia akan menyedarkan anda.
Bagaimanapun jangan letakkan diri
penuh penyesalan kerana ia mungkin memberi gangguan kepada jiwa.
Sebagai manusia
biasa tidak terlepas dari melakukan kesilapan, jadi buang yang keruh ambil yang
jernih.
2. PUNCA RANSANGAN NAFSU
Jika rangsangan untuk anda melakukan
perkara tersebut datangnya dari internet tutup komputer atau peranti serta
merta dan berbanyakkan istighfar dan cuba sedaya upaya fokus pada kerja lain.
Bagi pasangan bercinta elakkan
daripada bercakap perkara yang mendatangkan kearah yang menaikkan syahwat.
3. JANGAN MENYENDIRI
Kebiasaannya mereka yang kerap
beronani ini lebih suka menyendiri daripada bergaul dengan orang sekeliling.
Jika berterusan begini hasrat untuk
hentikan tabiat tersebut sukar direalisasikan.
Banyakkan bergaul dan cari kawan
dengan cara ini ia akan membantu anda keluar dari kepompong kehidupan kesunyian
anda.
4. SIBUKKAN DIRI
Banyakkan aktiviti yang memanfaat
diluar kerana ia akan membantu mencapai hasrat untuk berhenti daripada tabiat
tersebut.
5. SENAMAN
Selalunya mereka yang kuat beronani
atau ketagih onani adalah individu yang kurang aktif dalam kehidupan mereka.
Aktifkan diri anda dengan bersukan.
Apabila anda kerap bersukan dan
senaman, minda anda akan jadi cerdas dan badan anda akan jadi cergas. Kesan
bersenam, anda mampu untuk fokus pada sesuatu perkara.
Minda yang cergas boleh membantu anda
untuk menilai yang baik dan yang mana buruk.
6. SEKS BUKAN SEGALA-GALANYA
Selalunya mereka yang ketagih
melancap akan berterusan melakukannya sehingga mereka puas.
Namun, apabila mereka sudah datang
inzal, nafsu akan lari dari fikiran dan anda mula sedar yang apa yang anda
lakukan itu adalah salah.
Ketika itulah anda akan rasa
menyesal.
Anda perlu fikir kehidupan ini
bukanlah hanya mengenai seks. Ada banyak lagi perkara penting dan seronok untuk
di lakukan.
Setiap kali anda ingin beronani, anda
fikir bahawa seks bukan kepentingan aku!
7. JANGAN FIKIRKAN SEKS SEBELUM TIDUR
Sebelum tidur, pastikan anda kawal
fikiran anda.
Jika anda masih fikir mengenai seks,
nafsu anda masih tidak mengalah sepenuhnya. Anda tegas, dan tukarkan fikiran
anda ke arah lain.
8. BERPUASA
Ubat paling mujarab untuk mencegah
aktiviti onani adalah dengan berkahwin.
Bagaimanapun, bagi anda yang tidak
mampu berbuat demikian, puasa adalah pilihan terbaik.
Puasa bukanlah menahan lapar dan
minum sahaja tetapi adalah menahan nafsu.
9. TETAPKAN MATLAMAT
Tetapkan matlamat untuk berhenti
melancap selama–lamanya dan kekal dengan rancangan tersebut.
Jangan berhenti mencuba untuk
berhenti jika anda terlalai dan melakukannya.
Sebagai manusia biasa memang
kadang–kadang kita alpa.
Sebagai kesimpulannya, jika rasa
tidak memiliki kekuatan minda, emosi dan fizikal untuk melakukannya, anda boleh
mendapatkan bimbingan kaunselor. Usah biarkan tabiat onani menakluki anda.
Lawan dan segera mengawalnya sebelum
perkara ini akan mendatangkan lebih keburukan pada kehidupan anda di kemudian
hari.
0 ulasan:
Catat Ulasan
Sila komen dengan berhemah dan jangan lupa untuk berkongsi pendapat anda di ruang komen.