Selayang: "Doktor minta saya tawakal kerana bila-bila
masa suami boleh pergi," kata isteri komposer terkenal Datuk Adnan Abu
Hassan, Rozinorhafiza Mohd Fauzi, 38.
Menurut Rozinorhafiza, suaminya dimasukkan ke Unit Rawatan
Rapi (ICU), Hospital Selayang selepas mengalami sesak nafas pada jam 12 tengah
malam tadi
"Suami sekarang terpaksa bergantung dengan alat bantuan
pernafasan dan keadaannya kritikal," katanya ketika ditemui di Hospital
Selayang, sebentar tadi.
Rozinorhafiza berkata, komposer berusia 57 tahun itu dalam
keadaan lemah dan hanya berbaring sepanjang hari semalam.
"Saya mendapati badan suami sangat panas dan
menggunakan kain basah untuk mengelap badannya.
"Kemudian, apabila saya masuk bilik, suami sudah
menarik nafas panjang dan badannya lembik," katanya.
Menurutnya, Adnan pernah diserang angin ahmar pada November
tahun lalu dan penyakit itu datang semula dua minggu lalu.
Adnan mempunyai tiga anak hasil perkahwinan dengan isteri
pertama iaitu Aiman Zamir, 20; Aina Zamira, 17; dan Adrian Zahir, 15.
Adnan pernah menghasilkan karya untuk ramai penyanyi hebat
tanah air antaranya Fauziah Latiff, Siti Nurhaliza, Misha Omar dan Liza Hanim.
0 ulasan:
Catat Ulasan
Sila komen dengan berhemah dan jangan lupa untuk berkongsi pendapat anda di ruang komen.